Blok A, PPD Hulu Langat, KM. 22, Jalan Cheras, 43000 Kajang Selangor
Sunday, September 26, 2010
Pengumpulan Data E-Laporan Oktober 2010 Hulu Langat.
Perhatian kepada semua guru data E-Laporan Program j-QAF Hulu Langat, bahawa tarikh penghantaran Data E-Laporan ialah pada hari Jumaat, 22 Oktober 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat Blok C, PPD Hulu Langat. Justeru setiap sekolah dikehendaki mengadakan Ujian Jawi 6 Bulan Kedua sebelum tempoh berkenaan untuk diisi dalam data E-Laporan. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Ustaz Hasnol atau Ustaz Khairil (012-3465262).
Peperiksaan Pelaksanaan PKSR Pendidikan Islam Tahun 6 Akhir Tahun 2010.
Peperiksaan ini akan diadakan selaras di semua sekolah rendah Negeri Selangor pada hari Rabu, 29 September 2010. Keputusan peperiksaan akan diambil kira untuk pemilihan murid ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Kelas Aliran Agama (KAA) Negeri Selangor.
Sunday, September 19, 2010
Peperiksaan UPSR 2010
Selamat menjalani peperiksaan UPSR kepada semua murid tahun 6 di daerah Hulu Langat. Kami mendoakan anda berjaya menjawab soalan dengan baik dan memperoleh keputusan yang cemerlang.
Wednesday, August 11, 2010
Friday, August 6, 2010
Selamat Datang Ramadan
Warga Unit Pendidikan Islam PPD Hulu Langat mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Semoga Ramadan tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.
Thursday, July 29, 2010
Unit Pendidikan Islam Hulu Langat: Buku Pilihan
Unit Pendidikan Islam Hulu Langat: Buku Pilihan: "Satu Hari Sebuah Buku Tajuk : Darah Wanita: Pandangan Ulama dan Pakar Perubatan oleh Prof. Madya Dr. Anisah Ab. Ghani
Monday, July 26, 2010
Unit Pendidikan Islam Hulu Langat: Artikel
Unit Pendidikan Islam Hulu Langat: Artikel: "Persoalan tentang amalan pada malam Nisfu Syaaban (15 Syaaban) Soalan : Apa hukum melakukan solat dan doa pada malam nisfu Sya’ban seterusny..."
Subscribe to:
Posts (Atom)