Monday, July 4, 2011

Mesyuarat Data Elaporan Jun 2011

Terima kasih kepada semua penyelaras data j-QAF di daerah Hulu Langat. Data daerah berjaya dihantar kepada JU negeri. Secara keseluruhannya terdapat peningkatan dalam kualiti data yang dihantar.

Monday, October 25, 2010

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-Guru Program j-QAF Peringkat Hulu Langat

Tempat : Pangkor Coral Bay Resort, Pulau Pangkor
Tarikh: 26 hingga 28 Oktober 2010
Peserta : 64 orang guru j-QAF Hulu Langat

Sunday, September 26, 2010

Pengumpulan Data E-Laporan Oktober 2010 Hulu Langat.

Perhatian kepada semua guru data E-Laporan Program j-QAF Hulu Langat, bahawa tarikh penghantaran Data E-Laporan ialah pada hari Jumaat, 22 Oktober 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat Blok C, PPD Hulu Langat. Justeru setiap sekolah dikehendaki mengadakan Ujian Jawi 6 Bulan Kedua sebelum tempoh berkenaan untuk diisi dalam data E-Laporan. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Ustaz Hasnol atau Ustaz Khairil (012-3465262).

Peperiksaan Pelaksanaan PKSR Pendidikan Islam Tahun 6 Akhir Tahun 2010.

Peperiksaan ini akan diadakan selaras di semua sekolah rendah Negeri Selangor pada hari Rabu, 29 September 2010. Keputusan peperiksaan akan diambil kira untuk pemilihan murid ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Kelas Aliran Agama (KAA) Negeri Selangor.

Sunday, September 19, 2010

Peperiksaan UPSR 2010

Selamat menjalani peperiksaan UPSR kepada semua murid tahun 6 di daerah Hulu Langat. Kami mendoakan anda berjaya menjawab soalan dengan baik dan memperoleh keputusan yang cemerlang.

Wednesday, August 11, 2010

Risalah Ramadan 1431H

Risalah Ramadan oleh Panitia SK Saujana Impian. Sila muat turun di sini.