Monday, October 25, 2010

Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru-Guru Program j-QAF Peringkat Hulu Langat

Tempat : Pangkor Coral Bay Resort, Pulau Pangkor
Tarikh: 26 hingga 28 Oktober 2010
Peserta : 64 orang guru j-QAF Hulu Langat

Sunday, September 26, 2010

Pengumpulan Data E-Laporan Oktober 2010 Hulu Langat.

Perhatian kepada semua guru data E-Laporan Program j-QAF Hulu Langat, bahawa tarikh penghantaran Data E-Laporan ialah pada hari Jumaat, 22 Oktober 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat Blok C, PPD Hulu Langat. Justeru setiap sekolah dikehendaki mengadakan Ujian Jawi 6 Bulan Kedua sebelum tempoh berkenaan untuk diisi dalam data E-Laporan. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Ustaz Hasnol atau Ustaz Khairil (012-3465262).

Peperiksaan Pelaksanaan PKSR Pendidikan Islam Tahun 6 Akhir Tahun 2010.

Peperiksaan ini akan diadakan selaras di semua sekolah rendah Negeri Selangor pada hari Rabu, 29 September 2010. Keputusan peperiksaan akan diambil kira untuk pemilihan murid ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Kelas Aliran Agama (KAA) Negeri Selangor.

Sunday, September 19, 2010

Peperiksaan UPSR 2010

Selamat menjalani peperiksaan UPSR kepada semua murid tahun 6 di daerah Hulu Langat. Kami mendoakan anda berjaya menjawab soalan dengan baik dan memperoleh keputusan yang cemerlang.

Wednesday, August 11, 2010

Risalah Ramadan 1431H

Risalah Ramadan oleh Panitia SK Saujana Impian. Sila muat turun di sini.

Friday, August 6, 2010

Selamat Datang Ramadan

Warga Unit Pendidikan Islam PPD Hulu Langat mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Semoga Ramadan tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Thursday, July 29, 2010

Unit Pendidikan Islam Hulu Langat: Buku Pilihan

Unit Pendidikan Islam Hulu Langat: Buku Pilihan: "Satu Hari Sebuah Buku Tajuk : Darah Wanita: Pandangan Ulama dan Pakar Perubatan oleh Prof. Madya Dr. Anisah Ab. Ghani

Monday, July 26, 2010

Unit Pendidikan Islam Hulu Langat: Artikel

Unit Pendidikan Islam Hulu Langat: Artikel: "Persoalan tentang amalan pada malam Nisfu Syaaban (15 Syaaban) Soalan : Apa hukum melakukan solat dan doa pada malam nisfu Sya’ban seterusny..."

Thursday, July 15, 2010

Mesyuarat Pengumpulan Data E-Laporan 6 Bulan Jun

Mesyuarat dihadiri oleh Ustaz Hasnolhadi serta JU Hulu Langat iaitu 1) Ustaz Abu Zar ( SK Sungai Serai), 2) Ustaz Khairil (SK Saujana Impian) 3) Ustaz Shahrul (SK Sri Jelok)

Tarikh: 14 dan 15 Julai 2010 ( Rabu dan Khamis)
Tempat: Bilik Mesyuarat Merpati, BTP Negeri Selangor.

Alhamdulillah data Elaporan j-QAF daerah Hulu Langat berjaya disiapkan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua guru data yang terlibat.

Wednesday, July 7, 2010

Penghantaran Data Elaporan Jun 2010

Pengumpulan data Elaporan telah diadakan pada 7 Julai pukul 2 petang hingga 5 petang di Bilik Mesyuarat Blok E, PPD Hulu Langat dengan diselia JU data j-QAF iaitu Ustaz Khairil (SK Saujana Impian), Ustaz Azman dan Ustaz Abu Zar (SK Sungai Serai). Namun terdapat sekolah yang boleh menghantar data tersebut dan diminta berbuat demikian pada Jumaat 10 Julai di Blok A PPD Hulu Langat. Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan ustaz Khairil 012-3465262.

Maklumat Guru j-QAF 2010

Untuk perhatian semua sekolah Program j-QAF, diminta untuk menghantar maklumat terkini guru j-QAF 2010 yang perlu dihantar sebelum atau pada 10 Julai 2010 ke alamat e-mail Ustaz Hasnol : hasnulhadi_ayub@yahoo.com. Sila muat turun borang maklumat Guru j-QAF.


Monday, July 5, 2010

Perisian Jawi Online

Warga guru boleh menggunakan Perisian Ejawi.net dalam membantu P & P masing-masing disamping menambah ilmu pengetahuan dalam Tulisan Jawi

Friday, July 2, 2010

Pemantau Unit Pendidikan Islam PPD Hulu Langat

Pemantauan akan dilaksanakan bermula minggu hadapan. Diharapkan semua sekolah mengemaskini fail dan rekod masing-masing.

Tuesday, June 29, 2010

Rekod Khatam Al-Quran Tahun 6

Semakan rekod bacaan individu murid Tahun 6 akan diadakan pada Jumaat, 2 Julai 2010. Oleh itu semua sekolah j-QAF kohort 2005 diminta menghantar rekod bagi 2 kelas tahun 6 ke PPD yang akan diwakili oleh Ketua Panitia dan seorang guru j-QAF

Selamat Datang Ke Blog Unit Pendidikan Islam Hulu Langat

Pihak webmaster mengalu-alukan penyertaan daripada guru-guru Pendidikan Islam untuk menyemarakkan lagi blog ini di samping menjadi wadah untuk bertukar-tukar pendapat dan idea bagi kepentingan kita bersama.