Perhatian kepada semua guru data E-Laporan Program j-QAF Hulu Langat, bahawa tarikh penghantaran Data E-Laporan ialah pada hari Jumaat, 22 Oktober 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat Blok C, PPD Hulu Langat. Justeru setiap sekolah dikehendaki mengadakan Ujian Jawi 6 Bulan Kedua sebelum tempoh berkenaan untuk diisi dalam data E-Laporan. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Ustaz Hasnol atau Ustaz Khairil (012-3465262).
Peperiksaan ini akan diadakan selaras di semua sekolah rendah Negeri Selangor pada hari Rabu, 29 September 2010. Keputusan peperiksaan akan diambil kira untuk pemilihan murid ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Kelas Aliran Agama (KAA) Negeri Selangor.
Selamat menjalani peperiksaan UPSR kepada semua murid tahun 6 di daerah Hulu Langat. Kami mendoakan anda berjaya menjawab soalan dengan baik dan memperoleh keputusan yang cemerlang.
Warga Unit Pendidikan Islam PPD Hulu Langat mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Semoga Ramadan tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.