Sunday, September 26, 2010

Pengumpulan Data E-Laporan Oktober 2010 Hulu Langat.

Perhatian kepada semua guru data E-Laporan Program j-QAF Hulu Langat, bahawa tarikh penghantaran Data E-Laporan ialah pada hari Jumaat, 22 Oktober 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat Blok C, PPD Hulu Langat. Justeru setiap sekolah dikehendaki mengadakan Ujian Jawi 6 Bulan Kedua sebelum tempoh berkenaan untuk diisi dalam data E-Laporan. Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Ustaz Hasnol atau Ustaz Khairil (012-3465262).

Peperiksaan Pelaksanaan PKSR Pendidikan Islam Tahun 6 Akhir Tahun 2010.

Peperiksaan ini akan diadakan selaras di semua sekolah rendah Negeri Selangor pada hari Rabu, 29 September 2010. Keputusan peperiksaan akan diambil kira untuk pemilihan murid ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Kelas Aliran Agama (KAA) Negeri Selangor.

Sunday, September 19, 2010

Peperiksaan UPSR 2010

Selamat menjalani peperiksaan UPSR kepada semua murid tahun 6 di daerah Hulu Langat. Kami mendoakan anda berjaya menjawab soalan dengan baik dan memperoleh keputusan yang cemerlang.